Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Guan Eng gesa Kristian bersuara pada ketidakadilan

Susan Loone

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" -- slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.

" Pakatan dinner Lim Guan Eng Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

[Baca berita penuh]