Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya.

mohd shukri abdul aca investigation director 080408 "Kami sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Mohd Shukri Abdull ( kanan ) ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut kerana ia baru sahaja bermula.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam membuat laporan kepada SPRM Melaka dengan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis dengan kos setinggi RM600,000.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam Parlimen juga mendakwa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

[Baca berita penuh]

ADS