Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
Arutchelvan: Taklimat polis sentuh Suaram, BERSIH, PSM

dikemaskini Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan mendakwa, polis menyentuh mengenai Suaram, BERSIH dan juga parti tersebut dalam satu majlis taklimat mengenai jenayah di sebuah sekolah rendah Tamil di Semenyih.

Arutchelvan yang membuat laporan polis semalam, mendakwa taklimat bersama kira-kira 70 ibu bapa dan anak mereka itu – kebanyakannya berusia 12 tahun ke bawah – dianjurkan oleh Hindu Sangam cawangan kawasan itu dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih.

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 1 "Ibu bapa yang hadir (taklimat) memberitahu kami ada satu persembahan slaid oleh dua pegawai polis – sebahagian daripadanya tentang jenayah tetapi ada juga maklumat tentang Suaram, BERSIH dan PSM," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Arutchelvan juga mendakwa, pihak polis turut memberitahu hadirin bahawa PSM mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya dan matlamat PSM ialah untuk menghidupkan kembali ideologi komunis dan parti itu juga kini di bawah pengawasan polis.

Arutchelvan mendakwa, polis itu juga berkata pakatan untuk pilihan raya bersih dan adil – BERSIH 2.0 adalah sebuah "aktiviti sia-sia yang menyebabkan banyak masalah kepada rakyat."

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan agar pihak polis menghentikan aktiviti tersebut.

[Baca berita penuh]