'Dakwaan Nasha tiada kena mengena dengan PAS'

       

Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini berkata kenyataan bekas timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan PAS.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen berhubung dakwaan mengenai penganjuran doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian itu, Khalid berkata, kenyataan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa MP Bachok itu mengikut arahan "orang di luar PAS".

"Bagi saya tindakan direncana dan dirancang oleh orang luar PAS... Letak sajalah Umno... (Untuk) timbulkan masalah dalam Pakatan dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan apa-apa tindakan jika bercanggah dengan Islam majlis syura akan bersuara.

"(Nasharuddin) buat keputusan individu dan bukan majlis syura," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Beliau menyifatkan kenyataan Nasharuddin itu sebagai "politik murahan" dan Nasharuddin yang menganggotai majlis syura tidak pernah menimbulkan perkara itu dalam mesyuarat masjlis itu atau jawatankuasa PAS pusat.

Nasharuddin semalam mendakwa upacara doa itu diadakan selepas pilihan raya Sarawak tahun lalu.

Tambahnya, majlis syura tentunya menyuarakan tentangan ke atas perkara itu sekiranya dakwaan Nasharuddin itu benar.

"(Kenyataannyna) tak ada kena mengena dengan PAS. Kalau DAP nak buat laporan polis, (pengerusi nasional DAP) Karpal (Singh) hendak saman, itu hak mereka," katanya.

VIDEO l 2.52 min

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda