BERITA Malaysiakini

Kes anak Nazri 'diselesai secara baik'

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Kejadian memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim Nazri - anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, kata menteri dalam negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menurutnya, kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

NONE Kejadian itu berlaku apabila Mohamad Nedim dan pengawal

peribadinya didakwa tidak dibenarkan memasuki kondominium mewah Mont Kiara Mac oleh seorang penyelia firma keselamatan.

"Kes ini telahpun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis itu ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

Loh meminta menteri dalam negeri itu menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibunegara pada Mac 2012 dan kejadian kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di  Reston Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut.

"Dalam kes ini, lima orang warganegara Thailand yang didapati bersalah, telahpun dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara," katanya.

[Baca berita penuh]