Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Kelantan masih menunggu bayaran lebih RM300 juta daripada sebuah syarikat swasta selepas menandatangani perjanjian untuk menyerahkan 1,000 ekar tanah (404.69 hektar).

Audit ke atas perjanjian itu mendapati tanah berkenaan diserahkan walau syarikat tersebut tidak menyerahkan bon jaminan pelaksanaan berjumlah RM15.91 juta kepada kerajaan negeri.

NONE Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu mendapati, kerajaan Kelantan menandatangani perjanjian dengan Syarikat Liziz Standco Sdn Bhd pada Jun 2002 untuk membangunkan tanah yang terletak di lembangan Sungai Kelantan itu.

Kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut, sebagai ganti kepada projek infrastruktur, tanah dan wang tunai bernilai RM389.09 juta.

Pada November 2011, tanah seluas 716.8 ekar (290.079 hektar) dipindahmilik kepada syarikat tersebut namun  Liziz Standco hannya membayar semula dalam bentuk tanah dan wang tunai sebanyak RM45.68 juga, dengan RM343.41 juta masih tertunggak.

Laporan itu menyebut, nilai semasa tanah yang dipindahmilik itu berjumlah RM318.29 juta

Ia turut menyenaraikan projek, wang tunai dan tanah yang masih perlu diganti oleh Liziz Standco, antaranya:

  • Sebuah masjid bernilai RM20 juta
  • Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta
  • Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR
  • Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.
  • Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta
  • Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra
  • Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani
[Baca berita penuh]

NONE


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS