Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khir: Mohon maaf tak jejas Umno, BN S'gor
Diterbitkan:  Oct 24, 2012 3:21 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Mantan menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berpendapat permohonan maafnya kepada exco Selangor Ronnie Liu dalam mahkamah semalam tidak menjejaskan Umno mahupun BN Selangor memandangkan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.

"Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada Umno dan BN kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri," kata Khir dalam tulisan terbaru di blog drkhir.com.

NONE Tulisan itu bagi menjelaskan permohonan maafnya kepada Liu berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan bertindak terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi sarang maksiat di Puchong.

Menurut Khir, kenyataan awalnya yang dipertikaikan itu hanya bertujuan mempersoalkan exco kerajaan negeri Ronnie Liu yang bertanggungjawab ke atas portfolio pihak berkuasa tempatan.

"Bagaimanapun kenyataan dalam sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Ronnie Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran," tulis Khir lagi.

NONE Justeru, beliau menyifatkan permohonan maaf itu tepat pada masanya kerana "memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit".

Beliau juga tidak bercadang untuk memanjangkan perkara itu di mahkamah walaupun didesak pihak tertentu berbuat demikian.

"Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama ADUN tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang," kata Khir lagi.

Akhbar China Press pada 5 Mei 2008 menyiarkan artikel bertajuk "Khir membongkarkan laporan polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran".

ADS