Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilik kedai KTM Layang-layang tuntut ex-gratia
Diterbitkan:  Oct 29, 2012 11:48 AM
Dikemaskini: 6:50 AM

Kira-kira 50 orang pemilik kedai dan penyewa di tanah KTM Layang-layang, Simpang Renggam semalam berhimpun bagi menuntut bayaran ex-gratia selepas diarahkan keluar daripada kawasan itu.

Mereka berkumpul kira-kira sejam di depan kedai-kedai yang akan dirobohkan dekat stesen kereta api Layang-layang.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat PAS Simpang Renggam Suhaizan Kaiat berkata, mereka yang telah berniaga lebih 30 tahun di kawasan itu tidak berpuas hati dengan dasar tiada ex-gratia kepada pemilik kedai.

NONE "Alasan pihak kerajaan bahawa pekedai dan penyewa kedai tidak berhak untuk mendapat pampasan kerana mereka sudah mendapat keuntungan daripada kedai di atas tanah KTM.

"Alasan ini adalah tidak munasabah kerana dalam perniagaan terdapatnya untung dan rugi," kata Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS negeri.

Suhaizan juga membayangkan terdapat pilih kasih daripada Kementerian Pengangkutan apabila membuat bayaran RM2.33 juta ganti rugi untuk pemindahan, termasuk gerai, untuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar.

NONE "Jika pemindahan gerai mendapat ganti rugi daripada kerajaan maka sudah sewajarnya pekedai-pekedai Layang-layang mendapat bayaran yang setimpal," kata Suhaizan yang merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau juga mencadangkan KTM mengikuti pendekatan syarikat negeri JCORP yang menguruskan perpindahan pemilik kedai dan penyewa di Tampoi pada akhir tahun 2011 dengan tawaran tunai RM39,000.

"Persoalannya jika JCORP sebagai anak syarikat kerajaan negeri Johor boleh memberi pampasan yang menarik kepada pekedai dan penyewa kedai di Tampoi, mengapa KTMB melalui Kementerian Pengangkutan tidak memberi sebarang pampasan langsung kepada pekedai dan penyewa kedai di Layang-layang, Simpang Renggam Johor?" soalnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS