Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman RM10j Ramasamy-The Star capai penyelesaian

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap wartawan The Star dan penerbit Star Publications (M) Sdn Bhd yang difailkan awal tahun ini.

Ramasamy memfailkan saman itu Februari lalu ekoran penerbitan dua artikel dalam harian berbahasa Inggeris itu pada tahun lalu.

NONE Penyelesaian itu diumumkan oleh peguamnya A Sivanesan, yang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kedua-dua pihak bersetuju tidak mendedahkan syaratnya.

Perkara itu disahkan oleh peguam kepada akhbar milik MCA itu Bhag Singh. Penyelesaian direkodkan di hadapan hakim VT Singham.

Ramasamy (sebelah kanan dalam gambar ) menamakan pemberita Ian McIntyre dan penerbit The Star sebagai defendan pertama dan kedua dan menuntut bayaran RM5 juta daripada setiap pihak.

Ramasamy mendakwa, McIntyre pada 21 Disember mewawancaranya di pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang dan The Star dua hari kemudian menyiarkan artikel berjudul "Distress in DAP Continues" yang didakwa tidak jujur.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS