Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kabinet memutuskan untuk menswastakan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum beliau menjawat jawatan itu.

Ditanya kenapa langkah itu diambil, Ong berkata, beliau juga membangkitkan perkara yang sama ketika menjadi menteri pada 2008.

NONE Penggal perkhidmatannya berakhir pada 2010, selepas tewas di tangan Dr Chua Soi Lek dalam pertandingan merebut kerusi presiden MCA.

"Tetapi saya mesti bertahu kamu, keputusan (menswastakan sistem AES) dibuat (oleh kabinet) sebelum saya menjadi menteri," kata Ong dalam sidang media dalam kawasan parlimennya di Pandan hari ini.

Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang mendapat kontrak itu didakwa sebagai kroni kepada kepimpinan BN dan bakal mendapat keuntungan besar daripada saman trafik yang dikeluarkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri bagaimanapun menafikan perkara itu dan memberitahu parlimen bahawa skim AES bukan untuk mengayakan kroni kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS