Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk menyekat wakil rakyat daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi.

Enakmen tersebut disokong oleh 27 daripada 31 ADUN, dengan empat wakil rakyat Umno yang hadir enggan mengundi.

lim guan eng interview 260512 04 Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pembentangan rang undang-

undang itu adalah satu langkah "bersejarah" yang termasuk pindaan penting kepada perlembagaan negeri bagi membolehkan undang-undang berkenaan dilaksanakan.

Ini, kata Lim lagi, untuk menangani budaya "yang tidak sihat dan tidak beretika" melompat parti politik untuk keuntungan peribadi, bagi menggalakkan integriti, akauntabiliti dan untuk mengembalikan kepada rakyat kuasa untuk memilih ADUN.

Katanya, kita telah menyaksikan negara dalam keadaan huru-hara apabila kerajaan persekutuan merampas kuasa dari negeri-negeri dengan cara yang tidak demokratik, melalui (perbuatan) pengkhianatan ahli-ahli parti.

Ketika membentangkan rang undang-undang tersebut, Lim berkata, selain meninggalkan parti untuk keuntungan peribadi, mereka yang terlibat juga telah mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat.

Lim kemudian menyebut tiga negeri di mana mandat rakyat telah tidak dihormati - di Sarawak pada tahun 1966, Sabah (1994) dan Perak (2009).

Keadaan seperti itu, tegasnya, tidak harus diulangi, manakala perbuatan tersebut harus diharam.

Lim berkata enakmen itu telah digubal oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat dan berdasarkan tiga prinsip penting:

  • Kedaulatan rakyat di bawah sistem demokrasi berparlimen, dengan rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil mereka;
  • Kebebasan berpersatuan bagi wakil yang dipilih, tetapi dia perlu mengosongkan kerusinya jika melompat parti;
  • Bagi prinsip akauntabiliti, wakil rakyat mesti bertanggungjawab kepada pengundi mereka.
Enakmen itu termasuk Seksyen 14A,  'Ahli yang menukar parti politik', yang mengkehendaki seseorang ADUN dari parti tertentu yang dipilih oleh rakyat, untuk mengosongkan kerusinya jika dia bertukar parti atau berhenti menjadi ahli parti atas apa jua alasan.

Seseorang yang dipilih sebagai ahli Bebas juga mesti mengosongkan kerusinya jika orang itu menyertai sesebuah parti politik.

Bagaimanapun, Seksyen 14A mengecualikan wakil rakyat dari mengosongkan kerusinya jika keahliannya berakhir kerana pembubaran parti atau pembatalan pendaftarannya.

Ia juga termasuk situasi bagi seseorang wakil rakyat melepaskan keahliannya dalam parti jika dia dipilih sebagai speaker dewan undangan negeri.

[Baca berita penuh]

ADS