Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rais: Kementerian akan beritahu Petronas jika ada bantahan

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menilai laporan yang dibuat oleh jawatan kuasa nilai budaya masyarakat India sekiranya iklan Deepavali yang dibuat oleh Petronas bagi tahun ini mempunyai unsur yang kurang sesuai.

Menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata, pihaknya juga akan memberitahu kepada pihak Petronas sekiranya terdapat bantahan mengenai iklan tersebut.

"Ini bergantung (disiarkan atau tidak) pada penilaian ahli jawatankuasa nilai budaya masyarakat India sekiranya mereka kemukakan hujah yang kuat mengatakan bahawa aspek tarian tersebut bertembung dengan tarian sebenar atau tidak mencerminkan gerak tari mengikut acuan masyarakat India atau suasana Deepavali. Kita juga akan beritahu Petronas.

"Iklan yang dipertikaikan itu dibuat oleh Petronas dan sekiranya ada bantahan kita akan bawa kepada pakar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang peringat Wilayah Persekutuan di Kampung Puah Lembah petang ini.

Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan iklan Petronas tahun ini untuk mengucapkan selamat menyambut 'Perayaan Deepavali' kepada penganut agama Hindu, begitu jauh berbeza daripada hasil karya Yasmin Ahmad yang mengetengahkan unsur kasih sayang.

Menurut mereka yang telah  menyaksikan klip perayaan selama tiga minit bertajuk 'Let's do the Dappan' - sebuah muzikal yang menggambarkan orang ramai menari di jalan -  adalah tidak sesuai.

Wikipedia menerangkan 'Dappan Kuthu' sebagai: 'Instrumen ini boleh didengar dimainkan di rumah-rumah di mana kematian telah berlaku untuk mengurangkan atau untuk menyekat bunyi tangisan atau untuk memberitahu orang lain tentang kematian di kampung-kampung Tamil. Rentak tersebut dipanggil Saavu Adi.

Dilancarkan di YouTube pada hari Ahad, iklan 'Happy Deepavali' itu dijangka mula ke udara hujung minggu ini dan telah pun menarik komen negatif dalam media sosial.

ADS