Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kematian dalam tahanan menunjukkan perlunya IPCMC

Testimoni polis yang bercanggah, gambar mengerikan mayat yang lebam dan reput mangsa yang mati dalam tahanan, telah mendorong satu forum mengenai keganasan menggesa penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

"Bagaimana polis boleh menyiasat diri mereka sendiri?" kata peguam hak asasi manusia, M Visvanathan, yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

NONE "Kita sepatutnya mempercayai mereka yang menegakkan undang-

undang. Tetapi apa yang berlaku? Anda fikirlah sendiri sama ada mereka telah menegakkan undang-undang, sama ada mereka menjalankan tugas mereka," kata Visvanathan (kiri) di forum tersebut di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau menegaskan, walaupun telah mendedahkan kesilapan, kecacatan dan penyelewengan mereka, namun tidak seorang pun anggota polis tunggal yang telah dipertanggungjawabkan terhadapnya.

"Ini adalah fakta, bukan fiksyen," tegas beliau.

Semasa forum dua jam itu, Visvanathan menunjukkan "bukti dokumentari yang mengejutkan" mengenai R Gunasegaran, 31, yang ditemui mati pada hari yang sama dengan kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

NONE Teoh, (kanan) yang sepatutnya berkahwin pada waktu pagi, mati selepas jatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dalam keadaan yang mencurigakan, pada 16 Julai 2009.

Pada bulan Jun, Koroner Siti Shakirah Moktarudin daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan "keputusan terbuka" inkues kematian Gunasegaran.

Visvanathan berhujah bahawa keputusan itu adalah "salah dan bercanggah dengan keterangan" kerana beliau mendakwa hakim tersebit gagal menggunakan pendekatan yang kritikal dalam mempersoalkan testimoni bercanggah saksi-saksi polis, manakala mengabaikan testimoni konsisten tiga yang lain.

Seorang peserta, berang dengan apa yang diterangkan oleh Visvanathan itu bertanya: "Sebagai manusia, tanpa mengira bangsa, apa yang kita boleh lakukan Sila beritahu saya, saya perlu tahu ini?!"

"Jangan bercakap tentang agama tetapi sebagai manusia, apa yang kita harus lakukan untuk manusia lain? Jika kita terus mempunyai manusia dalam kerajaan seperti ini, maka perlahan-lahan kita akan menjadi bankrap," kata seorang lelaki itu, yang sering menyertai Sudut Pemidato Pulau Pinang.

"Bolehkah saya memberitahu anda mengapa semua ini berlaku? Ia adalah kerana (bekas perdana menteri) Mahathir (Mohamad)! (Dialah) sangat kotor!" jerit seorang warga emas yang mengejutkan 50 peserta di forum itu.

Antara yang hadir di forum itu ialah dua anggota polis cawangan khas, di mana seorang daripadanya kelihatan sibuk mencatat nota, mengambil gambar dan merakam ucapan dengan telefon pintar.

[Baca berita penuh]

ADS