BERITA

SPRM minta AG kaji semula keputusan terhadap Musa

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Dis 2012, 8:12 pagi

Panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta peguam negara menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta dari Michael Chia yang didakwa disalurkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Perkara ini diumumkan oleh salah seorang anggota panel tersebut dalam sebuah forum awam yang diadakan oleh Majlis Peguam dan SPRM hari ini.

Naib Presiden Majlis Peguam, Chris Leong menimbulkan soalan berkaitan pendedahan di Parlimen bahawa kes itu mungkin telah ditutup dan respon pihak berkuasa Hong Kong bahawa mereka tidak mendapat maklum balas dari Malaysia.

"Panel Semakan Operasi SPRM telah menulis kepada peguam negara untuk mengkaji semula keputusannya," jawab Timbalan Pengarah Kanan bahagian Penyiasatan, Han Chee siasatan Rull ringkas.

Laporan awal memetik pendakwaraya Hong Kong

Kevin Zervos, sebagai berkata Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu bersedia membuka semula kes itu jika ada bukti baru.

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli (kiri dalam gambar) berlepas ke Hong Kong pada hari Selasa untuk menyediakan bukti transaksi dalam kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz telah menafikan sebarang salahlaku di pihak Musa.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa RM40 juta itu adalah "sumbangan politik" kepada Umno Sabah.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.