Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.

Deepak interview Menurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.

"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.

"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.

Deepak yakin video itu tidak akan disiarkan secara penuh kerana beliau menamakan individu yang didakwa sebagai ahli keluarga perdana menteri dan menerima sejumlah wang dainya berkaitan urusniaga tanah dengan seorang individu didakwa pemimpin Wanita Umno.

"Dalam video itu saya jelaskan siapa terima wang itu, berapa banyak dan bagaimana ia dibayar.

NONE "Mereka terkejut. Mereka kata kalau saya teruskan, masalah akan berlaku dan mereka minta saya jangan teruskan.

Menurut Deepak, beliau bersetuju untuk tidak terus membuka mulutnya kepada media sehingga perhimpunan agung Umno selesai demi menghormati permintaan individu berkenaan yang merupakan kawan lama yang dikenali daripada perniagaan.

Menurut Deepak, sebagai lelaki budiman beliau tidak akan mendedahkan nama ahli majlis tertinggi Umno itu dan akan hanya menunggu individu berkenaan hadapan dengan video itu.

Mengimbau kembali peristiwa itu, Deepak berkata beliau pada mulanya dijadualkan bertemu dengan individu itu di sebuah hotel.

Katanya, "rakan lamanya" itu bagaimanapun kurang mesra – menyebabkan Nada 'rakan lamanya' yang kurang mesra dan seolah-olah memberi kata dua itu menyebabkan beliau memaklumkan beberapa petugas media berkenaan pertemuan itu.

Bagaimana pun, tempat pertemuan akhirnya ditukar kepada sebuah rumah di Subang Jaya, katanya.

Menurutnya lagi, beliau mengecam dua lagi individu lain yang dikenalinya sebagai penulis blog pro-Umno dalam pertemuan itu.

Bagaimana pun, beliau tidak sedar bahawa perbualan itu dirakam penulis blog berkenaan, kata Deepak.

Dalam pertemuan itu, kata Deepak, beliau diminta menamakan individu yang mendalangi siri wawancaranya, yang dijalankan beberapa hari sebelum perhimpunan agung Umno.

NONE "Saya ditanya kenapa saya ambil langkah ini? Ada sesiapa di belakang saya? Adakah kumpulan Muhyiddin (Yassin) di belakang saya? Atau pembangkang?" katanya.

Menurut Deepak, beliau memaklumkan bahawa tindakannya itu tiada kena mengena dengan sesiapa.

Namun, beliau mengakui kepada individu berkenaan bahawa beliau membuat pertemuan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon bantuan berkenaan kemudahan pembiayaan dari sebuah bank Timur Tengah yang dihentikan separuh jalan.

Dalam pertemuan itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa beliau melantik MP PKR S Sivarasa sebagai peguamnya dalam kes tanahnya dengan pemimpin Wanita Umno kerana beliau tiada peguam pada masa itu, kata Deepak.

Beliau turut menafikan pernah bertemu anak Anwar, Nurul Izzah Anwar namun beliau ada menghantar beberapa dokumen kepada Izzah berkaitan bantuan yang dipohon dari Anwar.

Menurutnya, beliau hanya pernah berbual di telefon dan nampak Nurul Izzah di Parlimen.

"Saya pernah nampak beliau di Parlimen, dua kali rasanya.

"Saya di kantin Parlimen masa itu tapi saya dengan orang lain.

"Perempuan cantik mestilah kita nampak. Tapi saya tak pernah perkenal diri atau jumpa beliau secara berdepan," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS