Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Yang di-Pertuan Agong memanggil satu sesi khas Parlimen untuk membolehkan kerajaan baginda dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat penjelasan dan membersihkan diri berkaitan pendedahan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan berhubung peranannya dalam penarikan akuan bersumpah.

NONE Sehubungan itu, Mahfuz (kanan) berkata, beliau akan mendapatkan

temujanji untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan memorandum bagi tujuan tersebut.

Beliau berharap baginda akan memberi perkenan untuk menerimanya menghadap dan membenarkan memanggil sesi khas parlimen sebelum 25 Februari kerana selepas itu parlimen mungkin dibubarkan.

Mahfuz berkata adalah perlu bagi Najib menjelaskan peranan yang dimainkan oleh adiknya dalam menarik balik akuan bersumpah pertama P Balasubramaniam, yang didakwa dibantu oleh Deepak.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ia menghairankan sejak pendedahan dibuat oleh Deepak, baik kerajaan, mahupun Najib tidak memberi reaksi terhadap pendedahan tersebut.

Beliau berkata jika dakwaan itu tidak benar, maka Najib sepatutnya mengambil tindakan terhadap Deepak.

Tindakan berdiam diri, tambah Mahfuz, akan menjejaskan reputasi kerajaan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

[Baca berita penuh]

ADS