Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan BN menjelaskan dana didakwa berjumlah RM207 bilion daripada kerajaan Jepun untuk mangsa dan waris kepada 30,000 warga Malaya yang menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Keretapi Maut dari Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua.

Beliau mendakwa wang berkenaan tidak dimasukkan ke Perbendaharaan semasa beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1990-an.

"Saya sudah nyatakan bahawa wang ini tidak diberi kepada Perbendaharaan. RM207 bilion ini ada sesuatu yang tidak boleh didiamkan oleh kerajaan BN sekarang," katanya.

"Sehingga kini, tiada ada sebarang komen dari perdana menteri atau dari Perbendaharaan berhubung isu ini. Jelas ada kecuaian ke atas kewangan negara," katanya.

Anwar diminta mengulas pendedahan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin  bahawa kerajaan Jepun membayar pampaasan kepada kerajaan Malaysia pada 1990-an.

Nizar berkata beliau tidak tahu sekiranya wang tersebut masih disimpan kerajaan atau telah diagihkan kepada mangsa.

[Baca berita penuh]

ADS