Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Samy Vellu komited bantu tawan semula Sg Siput

Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu bertekad untuk mengembalikan kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak ke tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

    

Bagaimanapun, duta khas ke India dan Asia Selatan Bagi Infrastruktur itu berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung pemilihan calon untuk bertanding di kawasan itu.

Samy dilantik sebagai penyelaras jentera pilihan raya BN di Sungai Siput pada November lepas.

    

"Saya dilantik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk mengetuai BN di Sungai Siput. Tugas saya untuk jadikan Parlimen Sungai Siput kawasan BN. Itu saja.

    

"Tugas yang diberi saya mahu selesaikan. Saya tidak bincang mengenai siapa akan jadi calon atau lain-lain," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Hello Malaysia edisi Tamil terbitan Bernama TV semalam.

.

Samy Vellu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berminat bertanding semula di kawasan yang pernah disandangnya selama lapan penggal itu.

    

Dalam pilihan raya umum 2008 Samy Vellu kalah kepada Michael Jeyakumar Devaraj yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.

- Bernama

ADS