BERITA

Wong Tack minta maaf kenyataan 'bakar loji Lynas'

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Feb 2013, 2:05 pagi

Setelah mencetuskan kontroversi beberapa hari lepas, pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack malam tadi mengakui bahawa beliau silap untuk mengancam membakar loji penapisan nadir bumi Lynas di Gebeng Kuantan.

wong tack apology over burning remark 070213 01 Bercakap dalam satu ceramah di Kuantan malam tadi, Wong berkata kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, maka beliau memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily , Wong ketika berucap dalam ceramah DAP ceramah itu mengakui kepada para hadirin bahawa beliau silap.

Wong dilaporkan berkata kenyataan yang beremosi seperti itu akan membawa kesan negatif, terutama kepada generasi muda.

Isnin lalu, Wong berkata beliau akan membakar kilang Lynas itu sekiranya ia masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Tanpa mengira sama ada BN terus memerintah atau Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru, Wong dilaporkan berkata, beliau sendiri akan membakar kilang jika ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.

[Baca berita Penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan