Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San menuduh BN Selangor menceroboh privasi beliau dengan menghantar kepadanya ucapan hari jadi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lau berkata SMS itu dihantar kepadanya pada 12 Februari sempena harijadi beliau ke-35 atas nama pengirim DS Mohd Zin Mohamed.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Selangor, Lau menunjukkan kepada pemberita SMS tersebut, dalam bahasa Melayu dan Inggeris, yang berbunyi:

NONE "Sdra LAU WENG SAN Selamat Menyambutr Hari Lahir. Happy Birthday. Ikhlas dari DS Ir. Mohd Zin Mohamed, Kordinator BN Selangor. Sayangi Selangor, Yakini BN".

Lau juga mendakwa beliau telah menerima lebih 10 ucapan perayaan dan mesej kajiselidik sejak dua tahun yang lalu dari enam pengirim, dengan Mohd Zin didakwa menghantar kepadanya mesej-mesej tersebut melalui empat talian telefon.

Lau yang bengang berkata, dia boleh bertolak ansur dengan mesej yang sebelumnya, tetapi bukan yang terbaru ini kerana pengirimnya mungkin juga tahu nombor kad pengenalannya.

'BN begitu terdesak hinggi ceroboh privasi'

"BN begitu terdesak sehingga mereka sanggup menceroboh privasi seseorang untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Lau berkata pembekal perkhidmatan itu menafikan telah membocorkan maklumat peribadinya melalui e-mel selepas dia membuat aduan rasmi bagi menyampaikan rasa kecewa dan terkejutnya.

Ketika dihubungi, Mohd Zin (kanan) menafikan bahawa menghantar SMS ucapan hari lahir adalah suatu perbuatan pencerobohan privasi, dan berkata ia tidak salah untuk berbuat demikian kerana ia adalah satu ucapan yang baik dari BN Selangor.

"Di mana berlaku pelanggaran privasinya? Saya tidak mengakses akaun dan rekod kesihatannya. Ia seperti posting di Facebook dan Twitter. Adakah ia satu pelanggaran?" tanya Mohd Zin yang merupakan Ahli Parlimen Sepang, bertanya.

Tentang bagaimana BN Selangor memperolehi tarikh kelahiran Lau dan menghantar mesej kepada nombor telefon yang Lau dakwa dia tidak pernah memberitahu sesiapa, Mohd Zin berkata ini dilakukan dalam dua peringkat.

Nama dalam daftar pemilih

Pertama, mereka akan memasukkan nama ke dalam daftar pemilih dan jika nama itu betul, maka nombor IC orang itu akan muncul, yang membolehkan mereka menentukan tarikh hari lahirnya.

Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin Mohamed Kedua, Mohd Zin (kanan) mengesyaki Lau mungkin telah memberitahu maklumai itu kepada satu sumber, yang kemudiannya mendedahkannya kepada mereka di peringkat akar umbi yang ditugaskan oleh Umno Selangor mengumpul maklumat untuknya bagi berhubung dengan rakyat.

Lau, kata Mohd Zin, harus cuba untuk ingat sama ada dia telah memberikan nombor telefon kepada sesiapa.

Mohd Zin bertanya apakah salah untuk menghantar SMS mengucapkan selamat hari jadi dan menambah bahawa terpulanglah kepada mereka sama ada hendak menerimanya atau tidak.

Ramai orang, katanya, telah tampil mengucapkan terima kasih kepada beliau dan menyatakan penghargaan mereka terhadap mesej yang dihantar itu.

Mohd Zin juga menafikan bahawa Umno mendapat maklumat tentang rakyat melalui cara yang menyalahi undang-undang atau membelinya dari pembekal perkhidmatan.

[Baca berita penuh]

 

ADS