Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akta Kualiti Alam Sekeliling (pindaan 2012 telah dikuatkuasa

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah pun menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Akta A1441). Akta tersebut telah diwartakan pada 16 Ogos 2012 dan mula dikuatkuasakan pada 2 Januari 2013. Tujuan utama Akta A1441 ini adalah untuk memantapkan mekanisma penguatkuasaan serta pelaksanaan prosedur EIA.

Jabatan Alam Sekitar percaya bahawa dengan kerjasama semua pihak berkepentingan, akan dapat memantapkan lagi keberkesanan penguatkuasaan terhadap jenayah alam sekitar yang kini menjadi semakin mencabar.

Jabatan juga yakin dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar untuk memastikan alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat demi kesejahteraan rakyat.

Antara perkara-perkara baru di bawah Akta A1441 termasuklah:

i) Menangkap TANPA waran Orang Yang Disyaki (OYDS) melakukan kesalahan di bawah Akta 127;

ii) Menyita dan melucuthakkan kenderaan, kapal, barang atau dokumen yang terlibat dalam perlakuan melanggar peruntukan Akta;

iii) Menuntut kos jagaan barang sitaan yang masih menunggu prosiding mahkamah; dan

iv) Menghendaki orang yang mengetahui tentang sesuatu kes memberi maklumat dan jika enggan boleh dirujuk kepada mahkamah untuk perintah selanjutnya.

Dalam kontek penambahbaikan pelaksanaan dan penguatkuasaan projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah EIA, antara peruntukan baru di bawah Akta A1441 ini

termasuklah :

i) Perintah Larangan atau Perintah Berhenti Kerja kepada pemaju yang tidak mendapat kelulusan EIA atau telah menyebabkan pencemaran dalam melaksanakan

projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah EIA;

ii) Penalti maksimum dinaikkan daripada RM 100,000 kepada RM 500,000 di atas kesalahan EIA

iii) Cadangan projek-projek pembangunan hendaklah selaras dengan rancangan pemajuan atau rancangan fizikal yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan

- Bernama

ADS