Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Krisis M'sia: Setiausaha Agung PBB jumpa wakil tetap M'sia

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bertemu dengan wakil Malaysia ke badan dunia itu ketika belia meneruskan usahanya untuk menyelesaikan krisis di Sabah.

Satu kenyataan pada halaman Ban di PBB berkata beliau memberitahu Hussein Haniff, wakil tetap Malaysia, bahawa "usaha perlu dibuat untuk memastikan hak asasi manusia akan dihormati dan kehilangan nyawa dapat dielak" ketika pasukan keselamatan Malaysia meneruskan operasi mengusir pengikut kesultanan Sulu yang mendarat di Sabah awal bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.

"Setiausaha agung mengambil maklum usaha-usaha yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dan Filipina untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap keadaan tersebut," kata kenyataan itu.

Operasi, yang telah berpusat di sekitar pekan Lahad Datu, setakat ini telah meragut nyawa 52 penceroboh dan lapan anggota polis Malaysia, walaupun kesultanan Sulu hanya mengesahkan 10 pengikutnya terbunuh, empat cedera dan 10 ditangkap.  Kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu datang ke Sabah, dengan diketuai oleh putera mahkota, Azzimudie Kiram.

Pada hari Khamis, Sulu Sultan Jamalul Kiram III mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan pengikutnya di Sabah untuk mematuhi gencatan senjata unilateral.

Bagaimanapun, para pegawai Malaysia, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, menolak gencatan senjata itu dan berkata satu-satunya cara untuk menamatkan krisis ialah untuk pengikut sultan menyerah diri tanpa syarat.

Pada hari Jumaat, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Zulkifeli Mohd Zin berkata mereka percaya kumpulan Azzimudie telah bersembunyi untuk mengelak bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia supaya memberikan "maklumat yang jelas dan tepat" mengenai krisis tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS