AG: Subjudis ulas mengenai penemuan awal RCI
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata adalah subjudis untuk mengulas atau membuat kesimpulan daripada isu-isu yang dibangkitkan semasa prosiding awal suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah.
Berita Harian hari ini memetik beliau sebagai berkata semua pihak perlu mengelak daripada melibatkan diri dalam "perbicaraan melalui media" sama ada melalui media cetak atau elektronik.
Tindakan sedemikian adalah subjudis, kata Gani (
kanan
) kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.
Tempoh RCI, yang sepatutnya tamat pada 21 Mac, telah dilanjutkan selama enam bulan.
Semalam, RCI setiausaha Saripuddin Kasim berkata lanjutan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan RCI melengkapkan siasatan dan menyediakan laporan.
Panel RCI dilantik pada 21 September tahun lepas, dan telah diberikan tempoh enam bulan untuk melengkapkan siasatan.
Prosiding seterusnya dijadualkan pada 18 Mac depan.
Prosidingnya bermula pada 21 Januari dan setakat ini, 62 saksi telah memberi keterangan, dan ramai lagi dijadualkan memberi keterangan.
RCI dianggotai oleh panel lima anggota yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim (kiri).
Ia mempunyai lapan terma rujukan, termasuk menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru (IC); sama ada ia telah diberikan mengikut undang-undang dan jika sama ada nama mereka berada dalam daftar pemilih Sabah.
Ia juga menyiasat peningkatan mendadak jumlah penduduk Sabah, implikasi sosial terhadap negeri itu, dan mengenal pasti bilangan warga asing tidak bernegara di negeri itu.
[Baca berita penuh]

