Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cara S'wak elak cukai, syarat pegangan saham
Diterbitkan:  Mar 19, 2013 12:25 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

VIDEO l 16 minit

EKSKLUSIF Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan.

Satu siasatan penyamaran yang dijalankan Global Witness, sebuah NGO berpengkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar, merakam video secara rahsia – menunjukkan dua orang sepupu Taib serta peguamnya yang menjelaskan mekanisme tersebut.

Dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu.

Anggota keluarga ini berhasrat untuk menjual syarikat mereka yang diberikan lesen oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak – diketuai Taib – untuk menebang balak dan membersihkan tanah untuk perladangan.

Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah para sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'akub (kiri) .

Individu berkenaan termasuk MP Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

ADS