Anak syarikat Boustead raih kontrak RM15 juta
Diterbitkan: Mar 19, 2013 4:42 PM | Dikemas kini: Mar 19, 2013 4:45 PM
BHIC Defence Techservices Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM15 juta daripada Kementerian Pertahanan.
Kontrak itu ialah bagi penyelenggaraan, pembaikan dan bekalan alat-alat ganti bagi senjata api Oerlikon 35mm dan radar Skyguard bagi tentera untuk tempoh tiga tahun.
Kontrak rasmi antara kerajaan dan BHIC Defence akan dimeterai pada satu tarikh kelak, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Boustead Heavy Industries ialah pembina kapal, penyedia perkhidmatan berkaitan pembaikan kapal, maritim, kejuruteraan dan pertahanan.
Pada tengah hari, saham syarikat itu susut 10 sen kepada RM1.98 dengan 198,000 saham diniagakan.
-Bernama

