Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penyandang kerusi Pulau Tikus bersedia menghadapi kemungkinan ditewaskan calon Gerakan dalam pilihan raya umum akan datang - ekoran perjudian rahsia yang dijalankan di kawasannya oleh bookie yang tidak dikenali.

NONE Koay Koay Teng Hai ( kiri ) berkata, bookie itu kini bergerak ke pelbagai tempat untuk mengutip wang pertaruhan daripada penduduk Pulau Tikus bagi memastikan beliau tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

"Bertaruh RM200 supaya saya kalah dan jika saya kalah mereka akan mendapat seorang RM1,000," kata Koay dalam sidang media di pusat khidmat masyarakatnya hari ini.

Koay berkata, beliau berhasrat mahu bertanding semula kerusi itu bagaimanapun terpulang kepada kepimpinan DAP untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Ia akan jadi (persaingan) yang sangat sukar untuk kami, terutamanya dalam beberapa minggu ini, pelbagai taktik kotor akan digunakan untuk mendapatkan undi," tegasnya.

[Baca berita penuh]

ADS