Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permintaan BERSIH supaya dibuat demonstrasi mengenai berapa lama dakwat kekal yang akan digunakan dalam pengundian awal, boleh tahan kerana warna dakwat itu adalah rahsia.

NONE "Kami tidak boleh tunjuk kepada orang ramai kerana warna dakwat

kekal itu rahsia," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri dalam gambar).

Bagaimanapun, SPR dan syarikat (pembekal) telah menguji dakwat itu banyak kali, katanya, menolak permintaan BERSIH supaya diadakan demonstrasi awam berhubung penggunaan dakwat kekal itu.

Semalam, Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menggesa SPR membuat demonstasi mengenai berapa lama dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal boleh bertahan, kerana ia menerima maklumat bahawa dakwat itu tidak akan tahan melebihi lima hari.

SPR telah menetapkan 30 April - lima hari sebelum hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 -untuk 200,000 anggota polis polis dan pasukan keselamatan mengundi awal.

 

Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua dakwat yang berbeza warna untuk pengundian awal dan pengundian biasa, yang masing-masing boleh tahan sekurang-kurangnya tujuh hari dan tiga hari.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa dakwat tersebut boleh tahan untuk sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya, sambil menambah dakwat itu mengandungi pigmen, silver nitrate dan dan bahan-bahan herba.

[Baca berita penuh]

ADS