Pemimpin kerajaan sementara BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM3.84 juta kepada 10 kumpulan masyarakat Sikh sempena sambutan Vaisakhi hari ini.

Ia termasuk peruntukan bagi membina kuil baru di tiga lokasi – Bayan Baru, Subang dan Shah Alam – serta naiktaraf kuil sedia ada di Petaling Jaya, serta kajian untuk sejarah Sikh.

Najib berkata beliau berhasrat agar sumbangan kerajaan sebelum ini kepada masyarakat Sikh dan juga serta pengumuman baru itu akan membantu membina kepercayaan di antara dua badan tersebut.

Najib dalam ucapannya berkata beliau tidak dapat menahan diri dari memberi peringatan mengenai kepentingan untuk menyokong kerajaan BN.

Katanya, kerajaan BN mampu menjadi pelaksana dan akan memimpin golongan Sikh ke arah Malaysia yang lebih maju.

Najib turut membangkitkan mengenai sumbangan BN kepada masyarakat Sikh sebelum ini, termasuk menaiktaraf tempat pembakaran mayat Sikh di Jalan Loke Yew, melantik warga Sikh ke jawatan tinggi dalam pentadbiran awam dan memberi bangunan kepada Majlis Gurdwara Malaysia di Sentul.

Majlis Gurdwara Malaysia merupakan penerima paling besar dalam pengumuman hari ini – dengan menerima RM1.69 juta.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini