Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertembungan tiga penjuru sudah terbayang di Semenyih apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan hasrat yang sama.

Ketua Cabang Serdang Hamidi Haasan dinamakan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, sekali gus membuka kemungkinan berdepan dengan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan selain calon BN.

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 1 Anwar bagaimanapun tidak mengumumkan kerusi lain yang sedang dalam pertikaian dengan PSM -- Kota Damansara yang disandang oleh Nasir Hashim -- kerana proses rundingan masih berjalan.

Bagaimanapun, terdapat pertukaran kecil apabila Setiausaha PKR Subang Manivannan Gowin akan bertanding di DUN Kapar dan Wong Chen akan mengggantikan Loh Gwo Burne di Kelana Jaya.

Penyandang kerusi Kapar P Manikavasgam bertukar ke kerusi DUN Bukit Melawati.

Sementara itu, Arutchelvan ketika dihubungi berkata, Anwar telah melanggar janjinya untuk tidak membuat pengumuman calon Semenyih sehingga mencapai kata sepakat.

"Mereka tidak tahu siapa sekutu dan musuh. Dan ini akan memberi kesan yang banyak di kerusi lain (yang dibincangkan) juga," katanya kepada Malaysiakini .

PKR bertanding di 11 kerusi Parlimen serta 21 DUN di Selangor.

Parlimen

Ampang: Zuraida Kamaruddin

Gombak: Azmin Ali

Hulu Selangor: Khalid Jaafar

Kapar: G Manivannan

Kelana Jaya: Wong Chen

Kuala Langat: Abdullah Sani

Pandan: Rafizi Ramli

Petaling Jaya Selatan: Hee Loy Sian

Sabak Bernam: Aziz Bari

Selayang: William Leong

Subang: R Sivarasa

DUN

Batang Kali: Ramachandran Kandasamy

Batu Caves: Amirudin Shaari

Batu Tiga: Rodziah Ismail

Bukit Antarabangsa: Azmin Ali

Bukit Lanjan: Elizabeth Wong

Bukit Melawati: S Manikavasgam

Dengkil: Borhan Aman Shah

Ijok: Idris Ahmad

Kajang: Lee Chin Cheh

Kota Anggerik: Yaakob Sapari

Kuang: Tengku Maraziah Tengku Sulaiman

Permatang: Yahya Mat Saari

Port Klang: Khalid Ibrahim

Rawang: Gan Pei Nei

Sementa: Daroyah Alwi

Semenyih: Hamidi Haasan

Seri Andalas: Xavier Jeyakumar

Seri Muda: Shuhaimi Shafie

Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad

Taman Medan: Haniza Talha

[Baca berita penuh]

ADS