BERITA

Mohd Zin: Zul Noordin calon 'tranformasi'

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Apr 2013, 9:03 pagi

Penyelaras BN Selangor Mohd Zin Mohamed percaya, naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon Shah Alam kerana beliau paling boleh menang berbanding calon lain.

Bercakap kepada pemberita selepas Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengumumkan calon mereka di Selangor, Mohd Zin berkata, pemilihan Zulkifli sesuai dengan rancangan tranformasi kerajaan.

NONE Sambul mengalu-alukan Zulkifli, Mohd Zin ( kiri ) menyifatkan langkah itu sebagai tranformasi politik seperti yang dihasratkan Najib yang juga perdana menteri.

Pemimpin kanan BN itu juga berkata, jika perkara itu tidak dilakukan, BN akan tetap berada di tahap yang sama dan tidak dapat menerokai peluang yang ada.

Zulkifli yang sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru atas tiket PKR, diumumkan terpilih oleh Perdana Menteri merangkap pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Razak di Shah Alam hari ini.

Pertembungan ini pasti mengimbau kembali kes 2010 apabila Zulkifli dipecat oleh PKR, ekoran kes berkaitan Khalid.

Tindakan itu diambil antaranya kerana beliau membuat laporan polis terhadap Khalid atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Khalid Samad: Nilai ucapan Zul

Sementara itu, Khalid berkata, beliau yakin pengundi Shah Alam boleh menilai calon BN itu dengan meneliti ucapan-ucapannya dan apa yang dilakukannya di Kulim-Bandar Baru sebelum ini.

NONE "Selain itu juga ini turut membuktikan Najib hilang keyakinan untuk meletakkan calon tempatan sehingga sanggup mengambil calon luar bagi mewakili mereka," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily .

Khalid (atas, berbaju hijau) juga menegaskan akan berkempen secara profesional dengan menjelaskan manifesto Pakatan Rakyat dan tidak akan menyerang peribadi Zulkifli.

PKR: Terus sokong rasisme

Sementara itu, dalam reaksi segeranya, Naib Presiden PKR N Surendran berkata, di sebalik slogan 1Malaysia, BN sebaliknya terus menyokong rasisme dan sikap fanatik beragama.

NONE Dalam kenyataannya, Surendran ( kanan ) berkata, pengumuman BN hari ini jelas menunjukkan kenapa Zulkifli tidak disiasat atas "jenayah" berhubung kenyataannya berhubung agama Hindu dan masyarakat India sebelum ini.

"Walaupun ada kemarahan awam, pihak polis dan peguam negara tidak bertindak terhadap Zulkifli,walaupun kenyataannya menjadi kesalahan bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan," katanya.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Zulkifli sebelum ini diselubungi kontroversi selepas didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu dalam video 5 minit di Youtube.

Selepas mendapat kritikan keras dan meluas pembangkang dan aktivis masyarakat India, Zulkifli akhirnya memohon maaf dan menjelaskan bahawa ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam PAS.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.