mk-logo
Berita
Musa Hassan nafi anggotai Majlis Keselamatan Pakatan
Diterbitkan:  Apr 30, 2013 11:28 AM
Dikemaskini: 11:31 AM

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan dakwaan pakatan rakyat beliau menyertai parti itu, dan menganggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

NONE Musa menegaskan beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang keselamatan.

"Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka," katanya kepada Bernama.

Semalam media melaporkan Musa menyertai MPKPR sebagai penasihat berikutan beberapa insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Pakatan rakyat melancar MPKPR pada 31 Mac lepas.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini