Beberapa pengundi di Kulai dan Klang mendakwa tidak dapat mengundi kerana terdapat orang lain telah melakukannya menggunakan nama mereka.

Mereka kemudiannya membuat laporan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di Kulai, Chai Siew Pin, 42, mendakwa beliau tiba di pusat pengundian SJK(C) Batu pada jam 10 pagi dan mendapati namanya telah digunakan.

"Saya menunggu agen parti politik untuk membantu saya. Saya akan lawan untuk hak saya," kata Chai yang kemudiannya diberikan Borang 10A oleh pegawai SPR.

NONE Ketika dihubungi petang ini, beliau berkata, oleh kerana masih tidak dapat mengundi, beliau akan membuat laporan polis di balai polis Ayer Bemban.

Calon DAP Kulai Teo Nie Ching ( atas ) pula berkata, beliau menerima enam aduan aduan dan pengundi itu menunggunya di pusat khidmatnya.

[Baca berita penuh]