BERITA

Anwar salahkah PM isu artikel tentang Cina

Lu Wei Hoong

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Mei 2013, 10:57 pagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyiaran laporan kontroversi Utusan Malaysia berjudul "Apa lagi Cina mahu?" di muka depan akhbar itu.

NONE "Dia ikut arahan dari Datuk Najib sebab pertama, Utusan itu surat khabar Umno," kata bekas ketua pembangkang dalam sidang media di Petaling Jaya.

"Kedua, saya tahu sebab masa saya timbalan presiden Umno, presiden Umno mempunyai pegawai yang boleh memberi arahan harian kepada Utusan .

Anwar berkata, penyiaran artikel di akhbar Umno itu juga bertentangan dengan ikrar BN yang mahu menganjurkan penyatuan nasional selepas fenomena pilihan raya yang digelar mereka sebagai "tsunami Cina".

Utusan hari ini antaranya memuatkan poin seperti berikut:

  • Para pengundi Cina yang terperangkap dengan politik perkauman DAP gagal menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh Melayu pada pilihan raya kelmarin.
  • Percaturan pengundi Cina untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri bagi membolehkan mereka mendapat kuasa politik juga tidak kesampaian.
  • Walaupun DAP menang banyak kerusi tetapi yang memualkan, mereka masih belum berpuas hati dan mahu mengadakan protes menerusi perhimpunan haram sehingga menimbulkan perlbagai pertanyaan.
  • Antara SMS yang paling banyak diterima: "Apa lagi yang kamu mahukan wahai orang Cina."
  • Semalam, pembangkang yang diketuai pembangkang mengadakan "silent walk" bagi memprotes keputusan pilihan raya di pusat membeli belah Mid Valley Kuala Lumpur, Sunway Carnival Prai dan Qyeens Bay Pulau Pinang.
  • Pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai satu pengkhianatan orang Cina yang tidak boleh dimaafkan.
Polis petang ini menulis di Twitter bahawa satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan.

Kes disiasat bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Utusan Online petang ini juga melaporkan perdana menteri sebagai mempertahankan versi cetaknya yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.

Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar tersebut tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.

"Awak salahkan Utusan , bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online di di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan