Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan proses persempadanan semula kerusi Parlimen dan negeri pada penghujung tahun ini selepas mahkamah mendengar petisyen pilihan raya, jika ada.

Timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu perlu menunggu proses enam bulan pendengaran petisyen pilihan raya selesai sebelum memulakan persempadanan semula, lapor Sin Chew Daily .

Undang-undang sedia ada membenarkan pengundi memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya dalam tempoh 21 hari selepas ia diwartakan, dengan tempoh enam bulan untuk pendengaran di mahkamah.

Wan Ahmad menjelaskan, SPR sekarang sibuk dengan kerja-kerja pasca pilihan raya, termasuk menganalisis prosedur pilihan raya dan mendapatkan maklum balas, serta membakar kertas undi di kawasan yang tiada petisyen pilihan raya, dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diwartakan.

[Baca berita penuh]