Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani berpendapat bahawa pandangannya tentang akhbar Utusan Malaysia telah dibincang dan diperbesar-besarkan.

"Perkara ini telah diperbesar-besarkan," kata Azran ringkas sewaktu dihubungi Malaysiakini.

NONE Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang kenyataan pihak-pihak lain yang menyanggah pandangannya itu.

Azran (kanan) sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.

Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.

Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu semalam menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azrin sebagai “bongkak” dan “lupa diri”.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA , Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut  “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia ”.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?," Abdul Rahman dilaporkan berkata.

1. Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang

ADS