Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TI-M persoal integriti presiden sertai kabinet PM

Tidak semua menyambut baik keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memasukkan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Paul Low dalam kabinet barunya.

fomca vice president k koris atan 120611 02 Dari dalam TI-M sendiri, terdapat anggota yang tampil mempersoalkan integriti Low yang menandatangani "ikrar integriti" dengan Najib tanpa kelulusan jawatankuasa pusat negeri badan itu.

Koris Atan ( kiri ), anggota TI-M, berkata, beberapa persoalan telah dibangkitkan terhadap cara pengendalian Low itu dalam mesyuarat agung tahunannya April lalu.

"Hanya kerana melibatkan perdana menteri, dia tidak boleh rasa ada kuasa melakukan apa saja ikut kehendak sendiri, sekarang dia dilantik sebagai menteri, persoalan berbangkit sama ada ia sebahagian daripada rancangan," kata Koris kepada Malaysiakini .

[Baca berita penuh]

ADS