Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peguam kepada Adam Adli, Eric Paulsen berkata polis menyiasat aktivis siswa tersebut mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Paulsen berkata, polis menyatakan bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan “menjejaskan demokrasi berparlimen”, yang kini merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan, berkuatkuasa akhir tahun lalu.

NONE Paulsen berkata peruntukan berkenaan terlalu umum.

Adam disiasat atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.

Siasatan juga dijalankan berdasarkan satu laporan Free Malaysia Today, memetik penganjur perhimpunan, bahawa mereka akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk “mengguling kerajaan”.

Kesalahan mengikut Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun.

Majistret Muslinda Mohd mengarahkan Adam ditahan reman selama lima hari setelah mengambil kira bentuk kesalahan tersebut, kata Paulsen kepada Malaysiakini .

[Baca berita penuh]

ADS