Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Racism is a refuge for the ignorant. It seeks to divide and to destroy. It is the enemy of freedom, and deserves to be met head-on and stamped out - Pierre Berton

Sejarah tamadun dunia menunjukkan pelbagai bangsa pernah menjadi hamba kepada kezaliman. Lihat sahaja Piramid Mesir, simbol kemegahan pemimpin yang zalim, sebanyak 800 juta bongkah batu dibawa dari bumi Aswan ke Kaherah oleh hamba abdi.

Hari ini, semua orang begitu ghairah mengagumi piramid yang sergam berdiri.

Tiada siapa ambil peduli batu-batu kecil sekitar piramid, iaitu kubur 300,000 hamba abdi yang bersusah payang membina piramid untuk raja firaun.

Kita tidak mempersoalkan apa ras dan keturunan hamba ini, tetapi yang jelas mereka telah ditindas oleh firaun.

Sejarah penindasan telah melangkaui persoalan ras dan keturunan. Tiada siapa dapat menentukan warna kulit mereka sebelum mereka dilahirkan. Apabila dia ditindas adalah normal untuk dia bertindak balas melawan kezaliman.

Revolusi Rusia 1917 memperlihatkan perjuangan proletariat melawan borjuis, iaitu golongan kelas pertengahan melawan penindasan oleh kelas atasan.

Idea Marxist ini telah diolah oleh Soekarno di Indonesia dengan nama Marhaeinisme, iaitu ideologi menentang penindasan manusia ke atas manusia, dan bangsa ke atas bangsa.

Ali Shariati, pemikir hebat abad ke-20 berkata, Islam adalah agama yang mengajar manusia berjihad melawan penindasan dan bukannya agama yang meratapi penindasan.

Penindasan rentas keturunan

Beliau meniupkan semangat penyatuan golongan m ustadhafiin melawan penindasan oleh golongan m ustakbirin . Semangat ini telah menjulang Revolusi Iran 1979.

Sejarah melawan penindasan membuktikan ras dan keturunan bukan pemangkin untuk meniup roh perjuangan menegakkan keadilan.

Keadilan tidak pernah ditegakkan melalui semangat perkauman. Seperti mana juga penindasan tidak pernah mengira ras dan keturunan. Ia berlaku di mana sahaja.

Penindasan yang berlaku ini bukan kerana ras dan keturunan, tetapi kerana kuasa. Ras dan keturunan hanyalah ilusi untuk menakutkan rakyat yang tertindas.

Sebenarnya manusia bukan dipisahkan melalui ras dan keturunan, tetapi seperti yang diungkapkan oleh pemikir hebat Karl Marx, Soekarno, dan Ali Shariati; yang membezakan kita ialah golongan penindas dan tertindas.

NONE Bangsa Arab dan Yahudi yang hidup aman damai telah diganggu sifat organik tamadunnya dengan sentimen perkauman. Zionis dengan licik memainkan isu bangsa Arab melawan bangsa Yahudi.

Sehinggalah satu dunia percaya bangsa Arab yang ramai menindas bangsa Yahudi yang kerdil. Perjuangan kemerdekaan nasional Palestin telah tenggelam dengan sentimen perkauman.

Dahulunya Adolf Hitler ( gambar atas, sebelah kiri ) melaungkan ketuanan bangsa Aryan dan melabelkan bangsa lain sebagai penumpang untuk meluaskan kuasa Nazi di Eropah.

Tak semestinya sokong Anwar

Demi kuasa mereka menjadikan sentimen perkauman sebagai ilusi untuk mengaburi mata rakyat yang tertindas. Di negara kita juga ada parti politik yang masih memainkan sentimen perkauman.

Baru-baru ini, perdana menteri Malaysia menyalahkan "tsunami Cina" atas kegagalan BN. Siapakah Cina yang dimaksudkan oleh Najib Razak?

azlan Adakah Cina yang mahu melawan penindasan atau Cina yang memonopoli harta negara?

Walaupun secara analitikal, trend pengundi di Malaysia bukan berdasarkan kaum, tetapi berdasarkan ‘pencerahan' yang diterima di kawasan setempat.

Bangsa ‘baru' Jerman begitu sensitif untuk mengungkit dosa lama rasisme oleh Nazi, sehingga ada yang dipenjara kerana ingin membawa kembali idea Nazi.

Tetapi di Malaysia, kita semakin hebat mengapi-apikan kembali peristiwa rusuhan kaum 13 Mei. Ini semua hanya menguntungkan golongan elit penindas.

Kita hanya menyokong perubahan, tidak semestinya perlu menyokong Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, atau Nik Aziz. Kita hanya berada di belakang mereka untuk membina Malaysia baru yang progresif.

Sebab itu kita perlu lawan penindas dari golongan borjuis dan m ustakbirin . Kita ditindas dengan beban hutang, kos sara hidup, kebebasan media, dan kebebasan bersuara.

Ya, itu hak setiap orang tanpa mengira ras dan keturunan.


ARIFFIN ABDULLAH pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaysia Pahang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS