BERITA

Adam Adli mengaku tak bersalah tuduhan hasutan

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Mei 2013, 4:38 pagi

Aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.

NONE Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang.

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan yang berkecenderungan untuk membangkitkan rakyat untuk menukar kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.

Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1).

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai.

Adam Adli diwakili peguam Datuk S Ambiga dan N  Surendran manakala pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwaraya Abarzafee Mohd Abbas.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.