mk-logo
Berita
Menteri: Tiada laporan kesihatan untuk dakwat kekal
Diterbitkan:  Jun 6, 2013 6:23 AM
Dikemaskini: 7:31 AM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementeriannya tidak pernah menyediakan sebarang laporan kesihatan berhubung dakwat kekal dan Suruhanjaya Pilihan Raya juga tidak pernah meminta kementerian berbuat demikian,

Subramaniam berkata demikian ketika ditanya jika peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.

NONE "Saya tak pasti, anda perlu tanya SPR tentang ini. Jika anda mahu tahu jika mereka ada minta kami sedia laporan demikian, seingat saya tiada...

"Kalau mereka (SPR) pernah minta dan kami pernah sediakan laporan itu, pasti ceritanya lain tetapi, saya kurang pasti, kami boleh semak perkara ini," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.

Ahmad mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini