mk-logo
Berita
Nurul usul kumpulan pakar Parlimen bincang TPPA
Diterbitkan:  Jun 7, 2013 4:30 AM
Dikemaskini: 4:32 AM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, beliau akan mengusulkan supaya Parlimen membentuk kumpulan pakar bagi membincangkan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Ini kerana, tambah anggota Parlimen Lembah Pantai itu, kumpulan legislatif perlu dimaklumkan berhubung perjanjian itu, yang antaranya dikatakan boleh menyebabkan kenaikan harga ubat-ubatan.

"Kita sangat bimbang kerajaan akan akan menandatangani perjanjian TPPP tanpa mendapatkan pandangan awam, atau prihatin terhadap kebimbangan dan sentimen rakyat Malaysia," katanya.

TPPP yang dianggap pemerhati sebagai penuh rahsia itu dijangka diselesaikan menjelang Oktober ini dan rundingan juga sesudah masuk pusingan ke-17.

Perjanjian itu turut mendapat bantahan komuniti perniagaan apabila ia dikatakan akan merencatkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan usahawan di negara ini, terutamanya, bumiputera.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada 28 Februari lalu dilapor menggesa kerajaan menangguhkan perjanjian itu kerana ia didakwa memberikan syarikat asing lebih kelebihan dalam ekonomi negara.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini