Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwat: SPR bertegas telah minta penilaian kementerian

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya.

NONE "Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk

penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan leibh daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS