BERITA

Polis setuju kerjasama, dakwa PKR

Koh Jun Lin

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Jun 2013, 12:56 tengahari

PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' mendakwa pihaknya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok.

Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.

"Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat (walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya)," kata Rafizi.

Bagaimanapun, ketika dihubungi sebelum ini bagi mengesahkan satu laporan berita berhubung perkara yang sama, Zainuddin hanya menyebut mengenai tindakan yang akan diambil mengikut Akta Perhimpunan Aman.

"Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mematuhi undang-undang APA (Akta Perhimpunan Aman). Lain-lain, tiada komen. Terima kasih," katanya melalui SMS.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.