Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih dan menyambut baik pandangan-pandangan yang diutarakan oleh beberapa ahli Parlimen baru-baru ini.

SPRM berpandangan komen-komen ini satu petanda yang positif ke arah penambahbaikan ke atas perjalanan SPRM.

Sejak tahun 2009, SPRM telah melalui transformasi besar-besaran bukan sahaja melibatkan

aspek struktur, tetapi juga dari segi cara bekerja, sistem dan operasi.

Inisiatif-inisiatif penambahbaikan ini telah menyumbang kepada peningkatan kadar sabitan kes-kes yang dibawa oleh SPRM ke mahkamah.

Pada tahun 2009, kadar sabitan kes-kes yang dibawa ke mahkamah adalah sebanyak 45.4 peratus. Ia meningkat kepada 71 peratus pada tahun 2010 dan seterusnya kepada 75 peratus tahun berikutnya.

Pada tahun 2012, kadar ini meningkat kepada 85 peratus. Sehingga 30 Jun 2013, pencapaian kadar sabitan telah mencapai paras 89 peratus. Ini bermakna dalam 10 orang yang didakwa, sembilan berjaya disabitkan kesalahan.

Untuk makluman, kadar maklumat dilaporkan kepada SPRM sejak ditubuhkan juga adalah tinggi. Ini menggambarkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM masih tinggi.

Tahun 2009 menyaksikan sebanyak 12,307 maklumat diterima oleh SPRM. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,936 merupakan maklumat berunsur rasuah.

Ia meningkat kepada 12,614 pada tahun berikutnya, di mana 5,646 adalah maklumat berunsur rasuah.

Pada tahun 2011, jumlah maklumat yang diterima oleh SPRM adalah sebanyak 13,325 (6,475 maklumat berunsur rasuah) dan sejumlah 11,765 maklumat (5,496 maklumat berunsur rasuah) diterima pada tahun 2012.

Sehingga Jun 2013 pula, keseluruhan maklumat yang telah diterima adalah sebanyak 4,268 (2,231 maklumat berunsur rasuah).

Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM.

SPRM turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan SPRM bertindak selaras dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat.

Suruhanjaya ini dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Statistik maklumat diterima ini menunjukkan bahawa SPRM terus menerima kepercayaan masyarakat untuk menyiasat walaupun hakikatnya hampir sebahagian maklumat tersebut bukan berunsur rasuah.

Hasil kajian juga menunjukkan peningkatan tahap keyakinan masyarakat juga meningkat.

Kajian Merdeka Center pada tahun 2009 menunjukkan tahap keyakinan masyarakat terhadap SPRM adalah 31 peratus dan pada 2010 pula kajian yang sama menunjukkan ia meningkat

kepada 39 peratus.

Pada 2011, kajian oleh Business Ethics pula menunjukkan tahap keyakinan pada 43 peratus.

Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh SPRM kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 pula menunjukkan keyakinan masyarakat meningkat kepada 64 peratus dan SPRM meletakkan sasaran untuk mencapai 80 peratus.

Sehubungan itu, SPRM percaya dengan usaha berterusan ke arah penambahbaikan melalui transformasi yang dilaksanakan, SPRM dapat memainkan peranan lebih berkesan ke arah

pembanterasan rasuah.

Suruhanjaya juga berharap ahli politik dan masyarakat terus membantu dan bersama-sama Suruhanjaya ini dalam memerangi rasuah.

SPRM sedang dalam proses meminda beberapa peruntukan undang-undang sedia ada dalam proses untuk menambah baik perjalanan suruhanjaya ini.

Justeru, SPRM memohon semua pihak termasuk ahli-ahli politik agar dapat bekerjasama dengan SPRM dalam usaha membanteras rasuah.


NONE DATUK MOHD SHUKRI ABDULL timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS