Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Masyarakat Orang Asal di Bakun, Sarawak mungkin akan berdepan dengan satu lagi ancaman selepas dipaksa meninggalkan tanah mereka kira-kira 15 tahun lalu untuk memberi ruang kepada projek empangan hidroelektrik.

NONE Ia berikutan notis yang dikeluarkan kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan tanah tersebut sebagai Taman Negara Pulau Bakun.

Dalam notis yang diterbitkan dalam akhbar tempatan Borneo Post pada Selasa lalu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyenaraikan 18 buah pulau dalam kawasan empangan Bakun untuk digazetkan sebagai taman negara.

Menurut Taib, notis mengikut Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 itu menetapkan bahawa apa-apa bantahan hanya boleh dibuat dalam tempoh 60 hari daripada tarikh penerbitan notis berkenaan.

NONE Sekiranya tidak, apa-apa tuntutan ke atas hak atau keistimewaan ke atas kawasan yang ingin dijadikan taman negara itu tidak akan dilayan.

Apa apa-apa hak atau keistimewaan, atau apa-apa pelaksanaannya oleh mana-mana individu juga akan digugurkan selepas tempoh bantahan itu, menurut notis itu lagi.

Bagaimanapun, peguam hak Orang Asal, Abun Sui Anyit berkata pulau yang dimaksudkan itu pada asalnya merupakan kawasan tanah tinggi sebelum air empangan menenggelamkan kawasan penempatan tersebut.

Abun Sui berkata, walaupun sebahagian besar Orang Asal Bakun dipaksa berpindah ke skim penempatan semula Sungai Asap, sesetengah daripada mereka masih berdegil untuk tinggal di Bakun.

bakun dam kayan indigenous people inuk story Tambahnya, beberapa orang yang berpindah ke Sungai Asap juga kembali ke tanah asal kerana tidak tahan dengan keadaan di kawasan penempatan tersebut.

Katanya, ada yang berpindah ke kawasan hulu sungai dan ada juga yang membina rumah rakit berhampiran kawasan mereka yang ditenggelami air.

Selebihnya membina kediaman baru di pulau yang terbentuk itu, katanya.

[Baca berita penuh]

ADS