Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bishop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berkata beliau hairan beberapa NGO Islam merasa tersinggung dengan sokongan wakil Vatican ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino terhadap kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam pendidikan agama dan ibadat mereka.

Dalam wawancara pertamanya dengan media tempatan, Marino berkata walaupun beliau mengakui bahawa kes mahkamah yang sedang berjalan mengenai penggunaan kalimah 'Allah' itu sebagai urusan dalaman, tetapi beliau menyokong hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah itu sebagai "agak logik dan boleh diterima."

Kenyataan Marino itu mencetuskan kemarahan badan-badan hak Melayu, JATI dan PERKASA yang menuntut Marino meminta maaf dan menarik balik kenyataannya dalam masa tujuh hari, dan sekiranya gagal, kerajaan perlu menutup pejabatnya.

Dr Paul berkata teguran Marino itu tidak harus dilihat sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia, tidak lebih sepertimana tuntutan penunjuk perasaan di beberapa kedutaan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mahu kerajaan menolak apa yang berlaku di Mesir dan Syria, merupakan campur tangan dalam hal ehwal negara-negara tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS