mk-logo
Berita
Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah
Diterbitkan:  Jul 23, 2013 6:01 AM
Dikemaskini: Jul 25, 2013 9:05 AM

Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet hari ini.

Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar di SK Seri Pristana, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.

NONE Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik air sekolah tersebut.

Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara itu yang terletak bersebelahan tandas.

Kantin sekolah juga didakwa ditutup dan dipercayai tidak menyediakan sebarang makanan sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, beliau telah meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara tersebut.

Tindakan tersebut sedang dijalankan pada masa ini, katanya lagi di Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke bilik air.

Sekiranya kantin berkenaan ditutup untuk proses naiktaraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenalpasti untuk dijadikan ruang makan, katanya.

"Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan," katanya lagi.

Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenalpasti jika sekolah tersebut tidak harus dikenakan tindakan, katanya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS