Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bar gesa negeri mansuh enakmen tukar agama unilateral
Diterbitkan:  Jul 26, 2013 8:41 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh semalam dalam kes penukaran agama, Majlis Peguam menggesa negeri-negeri supaya memansuhkan undang-undang yang membenarkan penukaran agama secara unilateral dalam enakmen negeri mereka.

NONE Presidennya, Christopher Leong (kiri) menyambut baik keputusan

mahkamah tersebut yang mengisytiharkan penukaran agama secara unilateral anak bawah umar adalah tidak sah.

"Penukaran agama secara unilateral adalah satu isu yang telah lama membelenggu sesetengah keluarga dan menyebabkan berlakunya ketidakadilan sosial," kata Leong.

Majlis Peguam telah menentang penukaran agama secara unilateral bagi anak bawah umur, dan untuk berbuat demikian, ia memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Leong ketika itu berhujah bahawa makna perkataan "ibu-bapa" dalam Rang Undang-undang Pindaan Pentadbiran Undang-undang Syariah Wilayah Persekutuan 2013, perlu sejajar dengan maksud dalam perlembagaan - iaitu merujuk kepada kedua-dua ibu bapa jika mereka masih hidup, bermakna kebenaran dari kedua-dua mereka diperlukan.

Selain Wilayah Persekutuan, yang menarik balik pindaan rang undang-undang itu pada awal bulan ini, terdapat beberapa negeri yang membenarkan penukaran unilateral.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, dalam satu kes di Jelebu yang membabitkan S Deepa, menyokong penukaran agama dua anaknya kepada Islam oleh suaminya tanpa pengetahuan ibu mereka itu.

Semalam, M Indira Gandhi memenangi kesnya apabila Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama tiga anak kepada Islam.

Leong juga berkata hari ini, walaupun mahkamah telah memutuskan kes itu memihak kepada Indira, tetapi begitu menyedihkan kerana sebagai seorang ibu, beliau tidak bertemu dengan anak-anaknya sejak lima tahun lalu.

Belum tahu lagi, katanya, bila Indira akan dapat berbuat demikian.

Anak bongsu Indira telah diambil oleh bapa K Pathmanathan @ Mohd Ridhuan Abdullah, yang tidak mematuhi perintah mahkamah yang mengarahkan supaya anak itu dikembalikan kepada ibunya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS