Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SKMM diarah siasat video 'hari raya' dengan anjing
Diterbitkan:  Jul 31, 2013 3:35 AM
Dikemaskini: 5:42 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau menerima banyak pertanyaan berhubung satu video di Youtube yang didakwa menunjukkan seorang pemuda menyambut hari raya dengan tiga ekor anjing.

Laporan Bernama menyebut, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat video yang didakwa menghina Islam itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.

“Oleh itu saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video tersebut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu, video didakwa bertajuk '1 Hari di Hari Raya' itu menunjukkan seorang individu berjalan bersama anjing berkenaan dengan bunyi latar alunan takbir hari raya.

Video sepanjang hampir dua minit itu seterusnya menunjukkan aksi seorang individu membasuh kaki anjing dan juga kakinya sendiri.

Individu berkenaan yang diperkenalkan sebagai “Chetz” itu mengenakan baju Melayu dalam video berkenaan dan seterusnya menghidangkan kuih dan makan bersama anjing tersebut, menurut laporan itu lagi.

Video berkenaan menunjukkan keterangan: “Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies, warna kulit dan asal usul" dan turut menunjukkan gambar anjing tersebut.

Sementara itu, satu laporan Utusan berhubung video sama hari ini karya berkenaan sebagai "perbuatan biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan."

ADS