Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Protes Little India tak jejaskan karnival beli belah

Bantahan seluruh negara oleh peniaga India tempatan yang mendakwa rugi akibat persaingan dengan pihak luar nampaknya tidak menjejaskan karnival membeli-belah di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Malaysia-India (Maicom) DP Ganaa, penganjur program lima hari Festival Membeli Belah India Antarabangsa Pulau Pinang berkata, bantahan itu barangkali membantu mempromosikan aktiviti di situ.

NONE Beliau merujuk kepada bantahan pada 16 Julai oleh peniaga di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah, yang menyaksikan banyak kedai ditutup bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap acara membeli-belah tahunan yang disokong kerajaan pusat itu.

Ia diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa), Bayan baru mulai hari ini hingga Sabtu.

Ia dianjurkan bersama antara Maicom dan Agenda Suria Communication.

Ganaa berkata, walaupun terdapat bantahan, karinval membeli-belah itu akan terus dianjurkan setiap tahun.

"Kami tidak cuba bersaing atau merampas pernigaan dari Little India, tetapi hanya (mahu) mengukuhkan pasaran barangan golongan India dan memberikan pengguna pilihan yang lebih luas," kata Ganaa kepada Malaysiakini ketika ditemui di Pisa.

[Baca berita penuh]

ADS